![]() |
| Cerita ni best ikut kematangan dia, beza 20 tahun kot |
Walaupun ada yang review kata The Devil Wears Prada 2 ni tak sehappening yang pertama, sis nak bagitahu yang citer ni best ok, pegi tengok dan nilaikan sendiri tau!
Kalau korang tengok untuk cari goofienya Andy Sachs dan divanya Miranda Priestly, No - u wrong! Lebih 20 tahun kot bezanya filem ni, come on - u guys sendiri pun banyak beza kot in 20 years, please, fair la skit kot, ni bukan citer fantasi ok! Its realiti lagi2 bagi pengamal media (seperti saya tau! sob2)
Genre: Drama yang komedi
Pelakon utama: Merly Streep, Anne Hathaway, Emily Blunt & Stanley Tucci
Release date: 30 April 2026
Runtime: 1 jam 59 minit
Awas ya! Cerita ni ada spoiler, so bagi yang belum tengok, please dont read this okay!
.jpeg)
kiri 2006 dan kanan 2026 - ada penuaan tu, but still slay
Sinopsis
Mengisahkan Andy Sachs kembali berganding bersama Miranda Priestly untuk Runway Magazine selepas 20 tahun. Mengenali Miranda yang camna kan so layanannya kepada Andy pun lebih kurang yang 1 tapi lebih slow sebab faktor umur kan. So, kat sini lah, pelbagai kejadian berlaku dengan Emily dah tukar tempat kerja serta rakan sekerja Nigel yang masih setia bersama Miranda dan plot twistnya pun comel (ni bukan thriller, nak kasi penonton adrenalin ke hapa, its juz perasaan kita, oh! memang padan) and happy ending walaupun tengahnya cam haru-biru.
Review
Jalan cerita dia smooth, tak terasa hampir 2 jam - boleh dikatakan cerita ini bergerak dengan peredaran zaman. Dimulakan dengan 1 team Andy di meja makan majlis Anugerah Kewartawanan dan teamnya antara yang menang, malah Andy sendiri menang dengan penulisan terbaik, tapi masa tu 1 table dorang dapat mesej, dan muka masing2 pelik - kita as penonton pun rasa why2 kan? Cuma aku dah dapat rasa ini berkenaan survival printed - dan tepat masa Andy menang dan berucap, betul! 1 team dia kena buang dan sedihnya kan, bila kita anggap, kita dah di mercu kejayaan tapi ia direngut begitu saja kerana zaman tidak memerlukannya lagi.
Bayangkan Andy abdikan diri kepada dunia journalism selama 20 tahun, pergi merata tempat buat coverage, ada partner 2 orang (if tak silap) so kiranya dia kawin dengan kerjala, tapi at the end - hilang keja begitu saja. Fikirkan nasib kawan2 yang ada anak lagi dan macam2 fikirla.
Tengah bebel2 dengan kawan dia (orang sama yang TDWP1) tetiba dia dapat mesej menyatakan dapat kerja di Runway sebagai editor feature.
So, bila dia jumpa Miranda, masa ni la part best "Do I know you" "Do I know her, Nigel?" So bila Nigel kata "She's one of the Emily" - "Owh!" Miranda jawab
Masa ni, Runway tengah bergolak sebab pengiklanan nak tarik, printed dah takda - ganti dengan online, sorang buat kerja multitask, Miranda lak bila meeting selalu diingatkan oleh her assistant, Amari yang takleh sebut perkataaan2 negatif (so, macam terbantut skit nak marah orang), pastu anak CEO yang gen Z tak peduli pasal art, cuma kira untung rugi saja dan pelbagai lagi yang kita boleh adapt dalam dunia sekarang. Oh itu, oh ini.
So, bila datang Andy, dia kononnya untuk redakan situasi tapi macam tak membantu sangat sebab dikatakan syok sendiri, tapi sebenarnya ramai ja baca dan Miranda lak seronok sebab nanti CEO akan umumkan dia bakal dilantik jadi Ketua runway global (lupa dah nama dia apa) tapi tak semena-mena belum sempat umum, CEO jatuh di majlis hari jadinya, mati dan bila anak ambil alih, dia mula cut bajet, bawa masuk kawan2 dia yang bukan fesyen line dan lain2.
Sampaila bila, Runway nak dijual kepada boyfriend Emily untuk selamatkan dengan hasil usaha Andy juga, tapi rupa2nya, Emily nak take over dan jadikan dia main charatcter (so secara tak langsung, Miranda takda keja la kan), so dia macam usaha tu takda apa2 lah.
Tapi last sekali, Runway dan seluruh syarikat tu berjaya dibid dan mereka selamat. Semuanya happy ending belaka.
Jalan cerita - sesuai dengan matangnya cerita ni, kita dapat selusuri ada yang berubah macam Andy dan Emily yang tak dok Runway magazine tapi Miranda dan Nigel masih di Runway selama 20 tahun. So, sini dah tunjuk ada orang yang selesa dan setia tapi ada orang nak berubah atau terpaksa berubah.
Lakonan - Come on, semua perfect for their character kot, tak terlebih dan tak terkurang - juz nice ja, siap ada ikonik fesyen yang Andy tukar2 baju dalam TDWP1 tapi dalam kedua ni, Andy, Miranda, Nigel dan Amari scene sama tapi kat karpet merah masa fashion show - so ini upgrade ya (haisy, baru tengok sekali, so tak sempat capture sorang2 punya baju lagi.
Visual/muzik - Juz nice, ada Lady Gaga u
Feel/Mesej - i love it, sampai - bila dunia printed dah mati, we r relying to online yang otak manusia ni sekejap ja sebab banyak benda nak tengok kan, so seni tu sendiri kurang dihargai.
Rating - 9/10 sebab cerita ini dunia realiti, disampaikan dalam karetor jujur, kalau TDW1 tu perkenalkan dunia fesyen majalah, ini macam penutup lah, printed dah takda tapi masih ada dan disesuaikan dengan dunia sekarang
Untuk anda - ada orang tengok sebab nak kembalikan hype dulu2, ada yang nak ambik pengajaran, ada yang nakkan kepuasan tapi for me - ia tentang dunia yang semakin bergerak laju dan kita kena move on. So tengok tau! Expecially untuk gen X dan gen Y, best uols




0 Comments