Thread VS Forum Cari.com, imbau kenangan lama

 


Tahun 2026 ni, entah kenapa sis seronok lak membaca di Threads. Bukan sebab semua benda baru, tapi sebab rasa dia… familiar.

Scroll scroll, terbaca cerita orang, luahan, sindiran halus, gossip yang kadang “panas”, kadang kelakar. Tiba-tiba teringat satu zaman, zaman awal 2000waktu Cari.com.my jadi tempat kami “lepak digital”.

Masa tu belum ada Instagram, Facebook pun baru nak naik. Dunia online kami lebih sunyi, tapi dalam diam… sangat hidup.

Forum adalah “Threads versi lama”—bezanya, kami (gen X, xennial dan millenial) semua pakai nama samaran. Tak ada muka, tak ada identiti. Hanya username dan keberanian.

Eh! masih ada yang latest, ni mesti gang acik gak ni, sebab stay unknown kan

 

Kalau sebut forum dulu, siapa yang pernah masuk mesti tahu topik paling gempak, tak lain tak bukan gossip artis tempatan.

Paling best ada artis pun ada username gak tau, sama macam thread gak, tetiba ada username baru, eh! 

Nak jadi cerita, Permaisuri Pahang pun recognized ya forum cari, siap tulis dalam IG dia ke dalam temu bual (sis tak ingat dah), terpana ya, kita lak silent reader, eh!

Lagi2 kalau teori konspirasi ni cerita yang kononnya benar tapi rekaan- fuh! memang menunggu ja depan pc nak baca kesudahan penuh teori, penuh “sumber dalaman” yang entah dari mana.

Artis-artis era tu pun ramai yang sedar mereka sedang “dibaca” di forum. Ada yang diam, ada yang melatah. Tapi itulah realiti, forum jadi tempat orang bercakap tanpa tapis.

Bezanya dengan hari ini? Dulu kita tak tahu siapa penulisnya. Semua adalah “ghost writer”.


threads ni banyak orang biasa share, so lagi genuine

Hari ni di Threads, situasi hampir sama, orang masih berkongsi, mengulas, kadang bergossip.

Tapi kali ini, dengan nama sebenar. Profil jelas. Gambar ada. Kadang boleh trace tempat kerja, circle kawan, latar belakang.

Kalau dulu kita bebas bercakap sebab “tak dikenali”, hari ini orang tetap bercakap walaupun tahu mereka boleh dikenali.

 

masalahnya, bukan girl ja tau, dengan laki pun kuat gossip naw

 

Platform berubah. Teknologi berubah. Generasi berubah.

Tapi satu benda tetap sama, keinginan manusia untuk tahu cerita orang lain, untuk berkongsi pendapat, untuk jadi sebahagian daripada perbualan.

Dari forum ke Threads, dari anonymous ke public, cara mungkin berbeza, tapi sifatnya masih serupa.

Kita masih suka membaca kehidupan orang. Masih suka memberi reaksi. Masih suka rasa “in the loop”.


Kalau dulu kita sembunyi belakang username, hari ni kita berdiri dengan identiti sendiri.

Tapi ironinya, keterbukaan itu tak banyak mengubah apa yang kita buat, hanya cara kita melakukannya.

Mungkin bezanya sekarang, kita lebih sedar bahawa setiap kata ada jejak. Setiap pandangan ada tanggungjawab.

Dan mungkin juga… itu yang membezakan antara sekadar “bergossip” dengan menjadi manusia yang lebih matang dalam dunia digital.


Post a Comment

0 Comments