Selalu kan dengar penjual 'perfume' atau minyak wangi kata perfume dia best sebab 'top notes' dia bau fresh sangat.

Pastu ada lak yang kata 'middle notes' dia bau aroma yang sangat wangi, bau flora gitue. Pastu 'based notes' pula best.

Tapi apa semua ni?

 



TOP NOTES - Bau yang akan keluar saat semburan pertama (refreshing lively & confidence). So saat semburan pertama kita akan rasa wangian segar dan buat orang yakin (contoh: mandarin, cranberry, red berries)

MIDDLE/HEART NOTES - Bau yang akan dicium selepas 1jam top notes dihasilkan (Naturally sweet & feminine) - bau manis semulajadi dan feminin (contoh: cherry blossom, magnoli)

BASE NOTES - Bau last yang akan dihidu lepas middle notes hilang (tapi ada juga middle tak hilang, campur base, fuh! tetiba bau kuat tuh!- (contoh aroma kayu, vanilla, amber, cedarwood)

Boleh tengok bahasa leman yang dah sis simpulkan dalam box ni k

 

Smell like a pro

Macam mana? 

1) Sembur perfume ke badan / baju. First bau (Top Notes) tu akan terus terhidu dalam beberapa saat saja.

2) Biarkan lebih kurang 15 minit kemudian, anda akan bau 'Middle Notes' - masa ni dah bercampur dengan peluh dan minyak badan. Menjelang 30 minit, bau itu akan berbeza daripada semasa ia mula-mula meresap. 

3) Perlu sabar untuk wangian dan menyahkod nota berbeza dalam wangian, lama-lama nanti anda menguasai "Seni Bau"