Alhamdulillah,

Setelah mencari-cari niche, menapis berkali ganda dan bertahun sebelum itu banyak try and error, kali ini kita cuba sesuatu yang bermanfaat dan antara disukai wanita juga lelaki yang mahu terampil elegan.

 

Maksud minyak wangi / perfume

- Campuran pati minyak dan pelarut bagi mendapatkan "bau yang menyenangkan" untuk dihidu.

- Dikatakan pembuatan minyak wangi moden bermula pada abad ke-19.

- Jenis minyak wangi menunjukkan kepekatan sebatian aromatik dalam pelarut, secara amya etanol atau campuran air dan etanol. 

- Nak tahu bau 'kuat' dan 'tahan lama' setiap minyak wangi itu dinilai dengan kepekatan dan jangka masa sebatian aromatik atau minyak wangian yang digunakan. 

- Semakin tinggi peratusan sebatian aromatik, semakin tinggi juga kekuatan dan jangka hayat bauan tersebut. 




Jenis minyak wangi / parfum

1)  Parfum atau extrait: 

15-40% sebatian aromatik - tahap kepekatan wangian yang paling tinggi. 

Notakaki: Biasanya 20% hingga 30% dalam kebanyakan minyak wangi.

Bau tahan lama dari lapan jam dan ke atas.

Harga - Lebih mahal berbanding semua jenis wangian kerana tahap kepekatannya. 

 

2) Esprit de Parfum (ESdP)

15-30% sebatian aromatik, kiranya nombor 2 lepas parfum

- Tapi kalau di Malaysia, tak banyak pula catitan, sebab lepas parfum orang terus jump ke EdP (baca nombor 3)


3) Eau de Parfum (EdP), Parfum de Toilette (PdT)

Kat Malaysia, yang popular ialah EdP / PdT ni tak berapa dengar pula ya

10-20% (~15% biasanya) sebatian aromatik

Tahan lama - 6-8 jam

 

4) Eau de Toilette (EdT): 

5-15% (~10% biasanya) sebatian aromatik

Istilah eau de toilette berasal dari istilah Perancis iaitu "faire sa toilette" yang bermaksud siap sedia.

Tahan lama - Lebih rendah daripada EdP, tapi antara 6 hingga 8 jam pada kulit (ada kata 3 jam ja)

Harga - Lebih murah dan paling popular.

 

5) Eau de Cologne (EdC)

3-8% (~5% biasanya) sebatian aromatik

Rendah kan? Kalau mak2 biasanya akan bagi anak sekolah rendah ke menengah ke cologne, bagi percik2 kat baju sekolah, supaya tak bau hanyir/hamis sangat bila balik sekolah, gitue.Kebiasaannya EDC datang dalam bentuk botol atau bekas yang jauh lebih besar.

Struktur - botol besar, cecair macam air.

Tahan lama -2 jam sahaja kat kulit, kat baju - tak tau la dik non. Nak cover buh banyak2 kat baju.


6) Eau Fraiche (EF)

Bawah 3% atau kurang, sikit ja

Tu sebab nama dia 'splashes' - percik macam air mawar gitue atau acik2 marhaban racik daun pandan buh minyak atar, kelas dik non

Nama pun minyak wangi kan? So minyak + bauan = wangi

 

 


 

Banyak ya sejarah minyak wangi atau perfume ni. Tapi sis ambil yang mudah ya, simplify kan dia untuk bahan bacaan kita bersama.

Cerita 1 - Perkataan ''minyak wangi daripada campuran wangi dan berasal daripada perkataan Latin, "per fumus" bermaksud melalui asap.

Cerita 2  - Perkataan Perfumery merujuk seni buat minyak wangi. Ia diperhalusi lagi oleh orang Rom, Parsi dan Arab.

Cerita 3 - Pengekstrakan wangian melalui penyulingan wap oleh tamadun Islam dan perkembangan minyak wangi di Barat menerusi campuran kimia.

 

Kesimpulan - Walaupun minyak wangi wujud di Asia Timur, kebanyakan wangiannya berasaskan kemenyan.

 

 


 

Kisah minyak wangi mengikut negara

Mesopotamia - Ahli kimia yang direkodkan pertama di dunia ialah seorang wanita bernama Tapputi, pembuat minyak wangi sepert rekod pada tablet Cuneiform 1200 BCE di Mesopotamia Babylonia.

Dia membangunkan teknik ekstrak bau sebagai asas dan ia diteruskan hingga hari ini dengan inovatifnya gunakan pelarut.

 

India - Wujud dalam tamadun Indus - dari 3300SM hingga 1300SM menerusi kaedah penyulingan.

Ahli arkeologi Dr Paolo Rovesti menemui alat penyulingan terakota di lembah Indus bersama bekas minyak yang diperbuat daripada bahan yang sama, karbon bertarikh 3000 BCE.

 

Cyprus - Dikatakan minyak wangi tertua ditemui di pulau Cyprus. Penggalian pada 2004-2005 oleh pasukan arkeologi Itali menemui bukti kilang besar yang wujud 4,000 tahun dahulu semasa Zaman Gangsa .

Ia terdiri daripada mur cair, kayu manis wangi, tebu wangi, dan cassia. 

 

Islam - Digunakan dalam kehidupan seharian seperti kasturi, mawar dan ambar.

Sebagai pedagang, budaya Islam seperti Arab dan Parsi mempunyai akses yang lebih luas kepada pelbagai jenis rempah ratus seperti damar, herba, kayu berharga dan bahan pewangi haiwan seperti ambergris dan kasturi.

Selain itu, menerusi tumbuhan seperti oren dan pokok sitrus lain (diimport dari China dan Asia Tenggara)

Penggunaan minyak wangi didokumentasikan sejak abad ke-6.

Ahli falsafah Arab al-Kindi (c. 801–873) menulis sebuah buku mengenai minyak wangi yang dipanggil ' Book of the Chemistry of Perfume and Distillations '. Ada lebih 100 resipi untuk minyak wangi, garam, air aromatik dan pengganti atau ubat-ubatan yang mahal. Buku itu juga menerangkan 107 kaedah dan resipi untuk membuat minyak wangi, malah peralatan membuat minyak wangi, seperti alembic, masih menggunakan nama Arabnya.

Doktor dan ahli kimia Muslim Parsi Ibn Sina (juga dikenali sebagai Avicenna) memperkenalkan proses mengekstrak minyak daripada bunga melalui penyulingan, eksperimen pertama bunga mawar (campuran minyak dan herba yang dihancurkan, atau kelopak yang menghasilkan campuran yang kuat) menjadikan air mawar lebih halus, dan menjadi popular.

 

 


Bagaimana minyak wangi berkembang ke barat?

Tiba di Eropah melalui Al-Andalus di barat. Minyak wangi bunga telah dibawa ke Eropah pada abad ke-11 dan ke-12 dari Arab.

Melalui perdagangan rempah dan pewarna. Terdapat rekod Persatuan Pepperers London, kembali ke 1179; yang menunjukkan mereka berdagang dengan orang Islam dalam rempah ratus, ramuan minyak wangi dan pewarna.

Catharina de Medici memulakan industri minyak wangi di Eropah apabila dia meninggalkan Itali pada abad ke-16 untuk berkahwin dengan putera mahkota Perancis.

Manakala Pengetahuan tentang  minyak wangi di Eropah pula seawal abad ke-14 dengan orang Hungary memperkenalkan minyak wangi moden yang pertama.

Minyak wangi moden yang pertama - minyak wangi yang dicampur dalam larutan alkohol, dibuat pada tahun 1370 atas perintah Ratu Elizabeth dari Hungary dan dikenali di seluruh Eropah sebagai Air Hungary.

Berkembang pesat di Itali pada abad ke-16, kemudian dibawa ke Perancis oleh Catherine de' Medici, Rene le Florentin Perancis.

Perancis pula cepat menjadi pusat pengeluaran minyak wangi dan kosmetik Eropah. Penanaman bunga untuk pati minyak wangi mereka bermula pada abad ke-14, berkembang menjadi industri utama di selatan Perancis terutamanya di Grace yang kini dianggap sebagai ibu negara minyak wangi dunia.

Semasa zaman Renaissance, minyak wangi digunakan terutamanya oleh golongan diraja dan orang kaya untuk menutup bau badan yang terhasil daripada amalan kebersihan pada masa itu.

Abad ke-17 - minyak wangi makin popular sehingga diletakkan di sarung tangan. Sarung tangan wangi menjadi popular di Perancis sekitar tahun 1656.

Tapi, Awas! Pewangi juga dibuat untuk mencipta racun; seperti seorang duchess Perancis telah dibunuh apabila minyak wangi/racun disapu ke dalam sarung tangannya dan perlahan-lahan diserap ke dalam kulitnya.

Abad ke-18 - Raja Louis menuntut wangian yang berbeza untuk kediamannya setiap hari. Tumbuhan aromatik telah ditanam di wilayah Grace di Perancis untuk menyediakan industri minyak wangi yang semakin berkembang dengan bahan mentah. Malah pada hari ini, Perancis kekal sebagai pusat reka bentuk dan perdagangan minyak wangi Eropah.

Napoleon juga dilaporkan sukakan minyak wangi sampaikan 60 botol ekstrak melati perlu dihantar ke biliknya setiap bulan.

Abad 16 & Abad 17  - Penggunaan minyak wangi memuncak di England semasa pemerintahan Henry VIII (memerintah 1509–1547) dan Ratu Elizabeth I (memerintah 1558–1603). Semua tempat awam diharumkan semasa pemerintahan Ratu Elizabeth, kerana dia tidak boleh bertolak ansur dengan bau busuk. Dikatakan bahawa ketajaman hidungnya hanya disamakan dengan kelicikan lidahnya. Wanita hari mengambil bangga dalam mewujudkan wangian menarik serta mereka kemahiran mereka dalam pergaulan aroma dalam rumah manor ' bilik masih .

Abad ke-19. Perubahan cita rasa dan perkembangan kimia moden meletakkan asas minyak wangi moden kerana alkimia memberi laluan kepada kimia.

Rusia

Pembuatan minyak wangi di Rusia berkembang selepas 1861 dan menjadi penting di peringkat global pada awal abad ke-20. Pengeluaran minyak wangi di Kesatuan Soviet menjadi sebahagian daripada ekonomi yang dirancang pada tahun 1930-an, walaupun pengeluaran tidak tinggi

Amerika 

Di Amerika awal, haruman pertama ialah cologne dan air wangi oleh penjelajah Perancis di New France. Air Florida, campuran eau de cologne yang tidak rumit dengan sedikit minyak cengkih, cassia dan serai, adalah popular.

 

 

 

 

Gambar: Bundo Kim/Unsplash

Tumbuhan

Sumber utama sejak dulu lagi ya. (minyak pati + aroma sebatian = minyak wangi)

Boleh jadi dari pucuk atau biji ketumbar (bau berbeza ya)

Daun, bunga, dan kulit buah oren (pun khasiat beza walaupun bau sama)

Kulit kayu: kayu manis (bau nasi beriani – gitue) bau rempah la macam donut glaze gitu

Bunga: paling banyak seperti spesies mawar dan melur, osmanthus, kemboja, semalu, harum sundal malam, narcissus, scented geranium, cassie, pokok kasturi, limau dan kenanga.

Putik bunga cengkih kering turut kerap digunakan; 

Vanilla – wiki kata sejenis anggerik (bau kek kan)

Daun dan ranting: lavender, patchouli, sej, Viola, rosmari, dan daun limau.

Daun saja - rumput kering dan daun tomato. 

Resin: masuk dalam setanggi dan kemenyan, misalnya morhabshi. 

Akar, rizom dan bulba: termasuk Iris dan spesies keluarga halia. 

Biji: lobak merah, ketumbar, jintan, koko, buah pala, pelaga dan bunga lawang.

Kayuan: gaharu, cendana, rosewood, araz, juniper dan pain; selalunya dalam bentuk sulingan kering.


 

Fragrantica - cer baca ada tulis muntah paus, ni sperma paus

Haiwan
Muntah paus (ambergris – tapi hari tu tengok show yang bid garaj. Muntah paus takleh dikomersialkan, kena return kat kerajaan – dalam show tu Australia..

Musang: Juga dipanggil musang Kasturi atau musang Afrika, ambil peluh dia

Sarang lebah: Ekstrak sarang lebah madu dengan pelarut (mungkin etanol yang meruap untuk hasilkan larutan tulen daripada bahan ini.

Kesturi: Asalnya peluh terletak alat kelamin dan pusat rusa kesturi Himalaya (Moschus moschiferus) jantan (fuh! Info yang white musk Body Shop yang sedap giler tu lah) tapi sebenarnya dah digantikan dengan sintetik.