Mendidik anak bukan tentang sempurna, tapi usaha dan doa

Antara topik yang berat nak tulis ialah parenting sebab bila membabitkan darah daging sendiri, kesayangan semua ni, hati tu jadi lebih tersayat jika realiti tak sama seperti anganan. 

 Betul ke cara kita didik anak sejak kecil akan tentukan siapa mereka bila dewasa? 

Sebagai ibu, menatang bagai minyak yang penuh, jaga, didik sebaik mungkin.

Tapi bila mereka membesar, kita mula sedar, tak semua yang kita rancang akan jadi seperti yang kita impikan. Bukanlah nak kata 'not good' - tidak - jauh sekali. 

Cuma berpijaklah di bumi nyata kerana setiap kita ada rezeki masing-masing, sudah tertulis. Jika menjadi, Alhamdulillah, andai sebaliknya redha dan perbaiki ketika masih ada kesempatan.

Sebagai orang yang ada anak remaja, mencorakkan sejak mereka kecil dan itulah hasilnya sekarang.

Jadi, adakah benar teori tersebut? 

Mungkin ya dan mungkin juga tidak / mungkin juga 'hal-half' 

Story ini mungkin umum, tapi setiap dari kita ada cerita sendiri. 

Punya anak yang dilindungi Yang Maha Esa adalah rezeki tidak ternilai sampai bila-bila. 

Alhamdulillah, punya anak baik dan mendengar kata (walaupun setelah dibebel berulang kali) - ada terkurang di mana-mana doakan mereka. 

 

Lots of love

Kita juga pernah remaja dan pernah ada fasa 'rebel' walaupun tidak se'loud' gen Z sekarang. Sentiasa perbaiki diri sendiri terlebih dahulu, barulah sekeliling akan lebih terjaga. Allah jaga kita :)  

 

Doa Perlindungan Anak (Dari Syaitan & Penyakit Ain) 

 Ø£ُعِيذُÙƒُÙ…َا بِÙƒَÙ„ِÙ…َاتِ اللَّÙ‡ِ التَّامَّØ©ِ Ù…ِÙ†ْ ÙƒُÙ„ِّ Ø´َÙŠْØ·َانٍ ÙˆَÙ‡َامَّØ©ٍ، ÙˆَÙ…ِÙ†ْ ÙƒُÙ„ِّ عَÙŠْÙ†ٍ لاَÙ…َّØ©ٍ

 U’idzukuma bikalimatillahit tammaati min kulli syaithanin wa haammatin, wa min kulli ‘ainin laammatin.

Maksudnya: "Aku berlindung untukmu dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang berbisa dan pandangan mata yang jahat"

Post a Comment

0 Comments