Kalau nak tulis masa berlalu begitu pantas tu so cliche kan? Walhal memang itu yang dirasakan setiap hari, bulan, tengah tahun, eh! dah habis akhir tahun - dah masuk tahun baru dah!
OMG!
Dia macam, ko baru saja masuk umur baru, pastu cuba realisasikan azam baru, bla bla.. tak sempat apa pun, dah nak habis dah?
Macam mana dengan azam baru ni? tak kesampaian kan? So kena buat apa ni, panik bersama ke?
Haah, gitu lah lebih kurang perasaan dia.
2) Refleksi tahun 2024
Ok, disebabkan sekarang ni zaman AI, so aku gunakan chatgpt sebagai panduan untuk menulis story ni. So, nombor 2 dia kata - apa pencapaian peribadi, cabaran @ peristiwa penting sepanjang 2024 ni
Kejayaan - tukar-tukar kerja, work life balance pertengahan tahun, turun 4kg daripada 84kg (beso ya for me)
Cabaran besar & bagaimana ia membentuk diri - sudut pandang yang lebih luas, umur meningkat, tenaga dah tak macam orang muda sangat, so lebih sedar diri
Perubahan dalam masyarakat, teknologi atau dunia secara umum - Chatgpt banyak membantu aku dan of coz lah ramai individu di luar sana untuk menyelesaikan masalah (umum), kira dia macam best friend yang tak judge sebab dia robot tapi dia banyak membantu
3. Perubahan & pembelajaran
"Bila dah umur macam ni, rasa malas nak sesakkan otak dengan banyak benda, nak tenang2 walaupun banyak juga ribut melanda, jadi 2025 ni nak jadikan masalah tu peluang,ah gitu"
4. Sambut Tahun Baru 2025 - (Apa nak capai atau ubah?)
"Cabaran memang non stop, Allahuakbar, nak lebih capai impian (lebih aktif update content berbanding tengok content orang lain) dan tenang2, nak spend masa dengan Quran, aamin2."
5. Renung dan rancang
Sesungguhnya frasa "kita hanya merancang, tuhan menentukan" juga cliche tapi kalau tak rancang lagi tak tahu hala tuju ke mana kan?
Jadi, ayuh! set impian masing2, kita bahagikan pada big dream - nak kurus (turun 20kg) misalnya, nak tambah income, kurangkan scroll socmed tak tentu hala dll. Jom
Selepas apa yang kita rancang - rangka blueprint, schedule, cuba dapatkan. Aamin
"Tahun baru adalah lembaran baru yang menunggu untuk kita tulis. Jangan biarkan kegagalan tahun lalu menjejaskan impian kita untuk masa depan. Setiap hari adalah peluang baru untuk menjadi versi terbaik dari diri kita. Selamat datang 2025!"





0 Comments