Salam,
 
Untuk story kali ini, aku harus tag sang empunya definisi yang mudah dibaca semua, iaitu Aus. Dia memang tip top betul pengetahuan pasal perfume, sampai ralit baca kat telegram dia tu.

Dan sekarang Aus sedang menyambung pengajian di Paris gitu, belajar tentang perfume dengan lebih details. 

So, ayuh kita baca yuk!
VIAL

Cara sebutan
‘vail’. Macam kita cakap File tapi gantikan F kepada V ahh gitchuuu

Penerangan
Vial atau nama senangnya sample ataupun tester selalunya diberikan di dalam bentuk Spray dan juga isipadunya 1-1.5ml shj
 
 
 

MINIATURE

Cara Sebutan
‘mi-ni-ye-cer’

Penerangan
Miniature ataupun boleh dipanggil Mini selalunya dalam bentuk Dab (bukan spray) dan juga isipadunya 5-7.5ml.

Ianya adalah the exact shape of the normal bottle kecuali ianya MINI sahaja
 
 
 

TRAVEL SIZE

Cara Sebutan
(seperti bahasa Inggerisnya)

Penerangan
Travel Size atau ada orang panggil Travel Spray selalunya didatangkan dalam bentuk botol panjang bulat dan isipadunya 7.5-10ml

Kalau bernasib baik dapat sekali dengan bag uncangnya. Heee boleh simpan barang barang kecil 
 
 
 
PARTIAL

Cara sebutan
‘Par-shel’

Penerangan
Partial ataupun nak senang faham ‘2nd hand’.

Dimana, orang menjual perfume itu setelah digunakan. Tidak kisah lah spray 10x ke. Dah Spray 1x ke. Dah spray 100x ke. Janji sudah digunakan. Ianya dinamakan Partial

Selalunya orang akan gunakan perkataan Partial ini apabila nak menjual perfume

 
 NIB

Cara Sebutan
En - ai - bi

Penerangan
NIB atau nama panjangnya ‘NEW IN BOX’

Ini basically Perfume baru lah, tak pernah digunakan, masih sealed. Masih berplastik.

Senang cerita kalau kita beli Perfume di Mall tu. haaa itu semua NIB lah. Masih fresh from the oven
 

 DECANT

Cara Sebutan
‘Di - Ken’

Penerangan
Decant atau boleh juga dipanggil ‘Repacking’.

Diambilnya liquid di dalam botol perfume itu dan di letakkan di dalam botol lain (pelbagai jenis isipadu)

Selalunya digunakan kalau malas nak bawa botol gedabak tu kemana mana. Tak larat beso beso macam tu nak kehulur kehilir. Jadi decant lah jawapannya

 

 TESTER UNIT !

Cara Sebutan
(Seperti Bahasa Inggeris nya)

Penerangan
Biasanya digunakan di Kedai Retail untuk dijadikan tester, jadinya kualiti nya sama seperti NIB.

Beza hanya di bahagian kotak, selalunya datang dengan warna putih atau coklat. Ada juga Tester Unit yang tidak mempunyai Cap. Kalau hang jenis tak kisah untuk beli perfume tanpa kotak atau cap. Boleh terus ke Tester Unit

Ianya masih original, tapi berhati hati ! Sekarang pun dah bersepah orang jual FAKE Tester Unit.

 

 

 

 Botol Normal (Partial, NIB, TESTER UNIT)


NIB
Aku rasa takde apa sangat lah nak explain pasal Nib ni . Brand new lah kan


PARTIAL
Kalau hang jenis tak kisah perfume itu sudah digunakan, atau sudah tinggal separuh. Boleh beli Partial sahaja

Ada orang jenis suka kumpul botol dan kotak, tapi ringgitnya tidak berapa ada. Jadi boleh opt for Partial


TESTER UNIT

Berbeza dengan PARTIAL, kalau hang jenis suka kumpul Botol tetapi tidak kisah berkenaan Kotak. Atau in some cases, ada yang takde Cap Perfume.

Aku rasa okay je untuk beli Tester Unit. Cuma aku nak nasihatkan banyak kali. Pls! Jangan terbeli yg FAKE TESTER. Perbezaan harga TESTER UNIT dan NIB ni takbeza sangat. Selalunya RM 30-50 sahaja

 Botol Kecil (VIAL, MINI, TRAVELSIZE, DECANT)

Semua ni ada 1 purpose yang sama !

Untuk kita TEST dahulu bau nya macam mana, Performance nya macam mana, Sesuai tidak dengan kulit kita, Tahan lama tak di Kulit, etc.

Aku selalu nasihatkan kawan kawan aku untuk cuba dulu yang Tester dahulu sebelum beli yang ‘Botol Normal’

 

Nah begitu, so terima kasih Aus untuk penerangan yang leman punya. Berjumpa lagi di lain masa dan ketika.