DIY Perfume (Minyak Wangi) Sendiri - Mudahnya

 


 

 Bau (alam semulajadi) apa yang anda suka?

Ada yang suka bau bunga2, rumput, kayu dan lain2.

Tapi, tu lah tak semua bau fit untuk semua. Sebab kalau si A suka bau flora, B lak suka bau kayu walaupun dema duk serumah, dan dema lak kembar seiras. Tak sama ya.

 

Post kali ni suka2 ja, jadi takyah nak serius sangat hokay. Aku copy ja pengalaman omputeh ni buat perfume sendiri dan lemankan untuk kita2 paham, gitue.

So, apa yang bestnya bila boleh buat perfume sendiri?

   - Meningkatkan mood / keyakinan / kesihatan.
    - Menjadikan anda menarik.
    - Cetuskan kenangan.
    - Lawan insomnia.
    - Sembuhkan sakit kepala.

Ni antara bau-bauan yang dah dikategorikan dalam karektor itu sendiri. Macam mana dorang tau? Mestilah based on pengalaman sendiri dan feedback orang lain kan.

 


    Relaksasi - Lavender, Musk, Neroli, Cedarwood

Gambar: Freepik (ingat tu, cari pic yang free2 yo, kita sedar diri tak mampu bayar saman)



    Menyegarkan - Wangian Citrus Seperti Oren, Serai, Lemon, Limau nipis

 

Ni essential oil, so dia lebih pati, so kalau perfume, dia kurang lah peratusnya


    Segar - Grapefruit, Halia

Segar



    Romantik - Mawar, Limau, Lavender


    Sensuous - Oren Manis, Kayu Cendana


    Manis - Lavender, Chamomile, Cardamom, Geranium


    Cerah - Peppermint, Rosemary, Lemon, Sage


    Wild & Woody – Juniper, Cedarwood, Bergamot


    Kaya – Lavender, Cengkih, Pala

Pastu, dah letih nak cari gambar hiasa, sabar ja lah


Resipi untuk mencipta minyak wangi yang sempurna:

 
Orang ni kata first time buat perfume, so paling mudah guna kelopak bunga dan minyak pati.
 

Bahan-bahan:
    2 sudu besar minyak pembawa (carrier oil) seperti badam, kelapa atau jojoba
    6 sudu besar alkohol 100 kalis (dok tau baper)
    2.5 sudu besar air
    30 titis minyak pati, iaitu 9 titis nota atas, 15 titis nota tengah dan enam titis nota asas
    Penapis kopi
    Corong kecil
    Dua botol kaca gelap bersih dengan penutup kedap udara

Arahan:

1) Tuangkan minyak pembawa ke dalam botol pilihan anda dan tambahkan nota asas, tengah dan atas. Isi alkohol.

2)  Tutup penutup dan biarkan selama 48 jam. Semakin lama anda meninggalkannya, semakin kuat ia

3) Puas hati? masukkan air botol.

4) Pindahkan minyak wangi ke botol lain menggunakan penapis kopi.

5) Nikmati wangian baharu anda!

Petua Pro:

    - Memandangkan nota asas mendominasi, jadi tambahkannya satu demi satu sehingga anda mencapai keseimbangan yang sempurna.
   -  Gunakan botol dengan bahagian atas semburan untuk memudahkan penggunaan.

Bestnya buat minyak wangi sendiri:

  1) Jimat duit
  2) Elak bahan kimia berbahaya
  3) Perfume tastes sendiri
  4)  Sesuai untuk kulit sensitif.

Lebih kurang camni, tambah lagi produk semula jadi koleksi anda. Gitue



Post a Comment

0 Comments