(kulit kendur) - yeah! i admit it - faktor penuaan sudah datang (walhal dah datang lama, cuma empunya badan ja tak perasan.
Kedua - smile line makin dalam pula tu, macam berlipat pun ada antara pipi dan tepi bibir - So nak menggelabah ke camna ni?
So, sebagai orang yang ingin tahu apa akan jadi lagi selepas ini, mak pun google weh
Sagging (kulit kendur) berpunca daripada kehilangan kolagen, faktor usia, dan graviti, menyebabkan pipi jatuh, rahang kurang jelas, dan garis senyum dalam.
Yes - its me!
Nak buh gambar sebenar tapi macam tak tergamak pula, malu la kita - hahaha

nampak kan, smile line tu, pastu keanjalan dan kurang n lately ni aku perasan banyak pula dah sun spot menghinggap, cuma belum sampai melasma lagi lah (jeragat dah ada ya)
- Penuaan Semula Jadi: Penghasilan kolagen dan elastin berkurangan (start 30an)
- Graviti: Kesan jangka panjang yang menarik tisu muka ke bawah.
- Gaya Hidup: Kurang tidur, stres, merokok, dan pemakanan tidak seimbang.
- Pendedahan Matahari: UV merosakkan kolagen dengan cepat.
- Penurunan Berat Badan Mendadak: Kehilangan lemak muka menyebabkan kulit "terlebih" dan kendur.
![]() |
| Cameron Diaz ni sebab muka dia tak buat apa2 (meaning cucuk2 tu takdalah) lawa apa sesuai dengan umur lah kan |
- Sunscreen: Wajib pakai setiap hari untuk elak kerosakan kolagen. - (malu nak cakap tapi aku baru tahun lepas start pakai sunscreen tau, zaman muda dulu tak terdedah dengan suncreen ni wey, terlambat dah kan, nak wat camna, go on ja)
- Skincare Aktif: Gunakan produk mengandungi Retinol (merangsang kolagen) dan Vitamin C (antioksidan) (ni pun baru dengar dik non, dedulu krim siang n krim malam acik pakai, tu pun dah cukup bagus sangat, khennn)
- Diet Sihat: Kurangkan gula dan makanan diproses yang merosakkan kolagen (tengah buat, doakan)
- Urutan Muka (Face Massage): Membantu melancarkan aliran darah, namun kesannya terhad untuk kes kendur kronik (ya, sis guna guasha bateri tu, so adalah nampak berubah sikit2 - jadilah dari takda langsung)
- Biostimulator/Filler: Merangsang kolagen asli untuk menegangkan dan memberi isipadu (volume).
- Thread Lift (Tanam Benang): Menarik kulit kendur ke atas secara serta-merta.
- HIFU (High-Intensity Focused Ultrasound): Menggunakan haba untuk mengecutkan dan menegangkan lapisan kulit dalam.
- Radiofrequency (RF): Memanas kulit untuk merangsang kolagen
Kesimpulan - Tepuk dompet, tanya hati - gitue, selagi patuh syariah, ok ja kan


0 Comments