![]() |
Komik favorite depa lah ni
|
"Hobi saya membaca, cikgu" jawab kebanyakkan pelajar di era itu.
Jika anda golongan millenial ke bawah (termasuk xennial. gen x, baby boomer) - Tahniah kerana membaca amalan mulia dan itu antara hobi budak2 zaman itu (tak kira extrover, introvert apatah lagi kan) gitu.
Memang hobi nan satu inilah yang jadi favorite ramai ketika itu. Yang lain, hobi menonton tv, main badminton, main permainan tradisional (ni kita cover lain episod naaa).
Sebab, apa lagi nak dibuat selain hobi di atas (kita banyak masa lapang rupanya kan).
Lagipun tagline 'membaca jambatan ilmu' tu kan sangat popular di mana-mana. Kat sekolah pun siap buat mural ya dengan logo sama di mana-mana sekalipun.
Kalau zaman sekolah dulu-dulu, suka sangat baca buku Enid Blyton, penyiasat, 5 sekawan lah, gelagat di asrama Nurul Asyikin lah dan lain-lain.
Masuk sekolah menengah, dah pandai baca novel cinta, Ahadiah Akasha, Abdul Rahim Awang dan Lamia Aimal (sampai sekarang novel ni aku jaga, simpan, sayang woo).
Dah masuk U, susah skit nak membaca sebab banyak aktiviti dan kerja khusus kan.
Dah masuk era kerja pun sama, takdan sebab dah busy naaaaa
Dah kawin pun eh!, ada anak satu lagilah sebab baru nak adapt dengan semua benda kan, tapi sambil-sambil tu membaca dan kita edit juga - kita buat majalah wak, tapi genre bertukar lebih kurang motivasi, kisah-kisah rohani dan lain-lain
Jadi, dengan badai yang melanda generasi masa kini gen Z dan gen Alpha (sebab gen Beta masih baby lagi kan, kita cover kendian), apa cara untuk kita galakkan anak2 kita atau generasi seterusnya tanam habit membaca disebabkan badai (gajet, smartphone, Ai)
Antara sis buat ialah belikan mereka buku2 favorite dema, bawa dorang gi Pesta Buku KL, bagi dorang rasa sendiri feel lautan buku tu, bagi dorang join pertandingan mewarna dan lain - menjadi masa sekolah rendah dan menengah tapi badai tu tetap adalah uols.
So, lepas baca2 skit tip yang fancy, ni kat bawah ya.
1) Baca bila ada ja masa lapang
2) Tolong sapa2 yang nak cari good book, rekemen kat dorang buku yang pernah anda baca
3) Cari buku yang anda suka tentang topik podcast/Youtube
4) Lawat kedai buku setiap minggu? Jadikan habit, macam sis tak beli buku pun, tapi masuk kedai buku tu pun dah feeling ya.
5) Promo kat socmed bila ada diskaun jualan buku
6) Letak buku sebelah sebelum tidur (bukan smart phone ya), baca dalam 8 muka surat/10-15 minit
7) Tak perlu letak target pun takpa, juz jadikan kebiasaan ya
![]() |
| D best of the best - meremang ya baca koleksi RAM |
So, kesimpulannya - hobi membaca selain membuka ruang kita kepada dimensi lain untuk berfikir lebih kritis, membaca buku juga jadi tempat berehat (escapism) dari dunia sebenar :)




0 Comments